Perencah Mee Bandung Maharani Muar yang paling meletup!

Hari ni rasanya nak buat kenduri doa selamatlah. Nak masak sendirilah. Tapi nak masak apa ya? Erm...ha! Masak mee bandung ala muar ni pun canggih juga ni. Boleh guna perencah Mee Bandung Maharani Muar tu ya dak? Hehe.


Macam mana nak masak ni? Bukannya reti sangat pun. Adoi. Eh, kat paket dia ada tulis resepi masak mee bandung lah. Senang juga. Main campak-campak je terus. Hehe.

Untuk yang nak tengok resepi yang lebih nampak lagi, boleh rujuk di cara masak mee bandung muar.

Sepaket mempunyai berat 400g yang sesuai untuk dihidangkan seramai 6 hingga 8 orang. Lumayan~...

Harga hanya RM9 untuk sepaket. Selalunya kami akan membuat penghantaran pos laju. Kalau tak pun, anda boleh datang ke rumah kami.

Jom dapatkan segera Perencah Mee Bandung Maharani Muar ini dengan kadar segera!



Untuk sebarang pertanyaan, boleh ajukan kepada kami di Hubungi kami.

Untuk sebarang pembelian, boleh rujuk kepada Cara Order.

Perencah Asam Pedas Maharani sekitar Kuala Lumpur hangat di pasaran!

Zaman ini ramai wanita yang telah mempunyai kerjaya. Pergi kerja pukul 6 pagi. Balik pukul 5 petang. Tempuh jam lagi. Balik rumah pasti banyak kerja nak buat. Jangan risau. Kami ada sediakan pes Perencah Asam Pedas Maharani untuk anda seisi keluarga.



Asam pedas sangat sesuai untuk dijadikan makanan harian. Boleh di simpan setelah di buka. Mampu bertahan sehingga lebih 6 bulan! Ok tak ok?

Berat sepaket perencah Asam pedas ini adalah 400gram. Anggaran untuk 2 kilo ikan. Tapi, kalau setakat nak buat untuk seekor ikan je, boleh guna sesudu dua sahaja. Boleh lihat resepi yang menggunakan Perencah Asam Pedas ini.

Hanya dengan berharga RM9 sepaket, anda boleh dapatkannya daripada kami.





Perencah MAHARANI restock!

Assalammualaikum.

Di sini saya ingin mengumumkan bahawa perencah MAHARANI sudah restock kembali.
Mari dapatkan perencah anda sekarang!

Boleh berurusan di Facebook juga. Sila LIKE page UMMUL HANI SHOP di facebook badge di side bar.



Sekian,
Terima kasih.

CARA MASAK MEE BANDUNG ..mudah dan yang penting sedap


Tumiskan Perencah Mee bandung Maharani
Masukkan 7 gelas air rebusan daging dan biarkan mendidih
masukkan tauhu, sawi dan tomato
sebelum diangkat .. pecahkan telur di dalamnya
tuang di atas mee dan taburkan bawang goreng serta hirisan lada
enak dimakan ketika panas


** berdasarkan pengalaman .... lebih dari 7 gelas air pun boleh ..... boleh makan untuk 8 - 10 orang .... boleh tambah lagi udang ker...sotong ker ... (ni kira tak ikut peraturan mee bandung sebenar ... :) )
*** kalau takde air rebusan daging .... guna perencah semata mata pun ok ... sebab rasanya sudah mewah dengan rasa udang kering ....

Perencah - Penghantaran pos dan cara simpan

Salam ...

Penghantaran pos
Perencah Maharani ni adalah dalam bentuk pes (basah)
Kebiasaannya perencah dihantar kepada pembeli menggunakan pos laju
untuk dapat anggaran harga poslaju ..boleh semak di web pos.com.my ..
berat perencah ~ 400gm/pek
sila tambah 200gm utk kotak bungkusan/parcel dlm membuat perkiraan

Simpan
Perencah tahan lama sekiranya disimpan di peti sejukbeku ... boleh tahan sehingga lebih setahun
pernah pembeli ...kemudian pos kepada saudara mara mereka di luar negara .... perjalanan mengambil masa 2 minggu ...dan perencah masih elok
(berdasarkan maklumbalas... yg pernah di pos ke luar negara adalah perencah Mee bandung dan Perencah Asam Pedas)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin