Produk IKS - pasaraya besar enggan pasarkan?

~harian metro 10 Jun 2009~

Produk kurang bermutu dan pembungkusan kurang menarik dijadikan alasan pasar raya besar milik syarikat asing yang beroperasi di negara ini untuk tidak memasarkan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) keluaran bumiputera di premis masing masing

Perkara ini didedahkan dalam pertemuan 44 wakil IKS bumiputera dgn Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob di pejabatnya semalam

... masalah ini menyebabkan matlamat memasarkan 30% produk keluaran IKS bumiputera spt ditetapkan dlm garis panduan ke atas pasar raya besar ..tidak tercapai apabila hanya mencecah sekitar 7%

..alasan itu tidak boleh diterima kerana sebahagian besar produk IKS bumiputera berjaya menembusi pasaran luar negara yang lebih ketat piawaiannya

... pasaraya besar juga kurang mesra terhadap produk IKS bila memberi ruang yang tidak sesuai menyebabkan produk sukar dijual. Apabila tidak dapat dijual, produk itu akan dipulangkan menyebabkan IKS menaggung rugi ....

berikutan masalah itu Ismail Sabri berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan IKS dan wakil 4 pasar raya besar milik sy. asing secepat mungkin .... berharap pertemuan ini masalh dapat diselesaikan bagi membolehkan produk IKS dipasarkan di pasar raya besar ....

~??????~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin